Assalamualaikum.
13 November 2015. Guna moto from hometown to Betong kira kira 1 jam ++ perjalanan.
Jangan tiru aksi ini
Finally !
Nam Leong, Betong
Lepas parking moto, kitorang gi jalan kaki cuci mata. Ternampak Nam Leong. Masuk laa kejap. Grab sapu tangan Hello Kitty. Hiks. Tuu jer. Takde benda best.
Pasar Tamu Majlis Daerah Betong
Kat sini banyak orang jual sayur mayur, segala jenis ikan, barang barang kraf, barang barang untuk bertani apa semua. Nie kalau hujung minggu mesti lagi meriah. Mak sempat laa jugak beli sayur untuk bawak balik.
Majlis Daerah Betong (Rahnia Cafe)
Singgah Rahnia Cafe sebab situ jer ada tempat kosong. Haha Rahnia Cafe cuma ada minuman and Nasi Ayam. Nak makan benda lain sila order kat sebelah menyebelah.
#1 Here we are
#2 Air jer? Buah laici takde ke --'
#3 Nasi ayam with sup dia yang tak berapa nak win
#4 Masin sangat bagi aku laa tapi sup boleh tahan
Nie laa aku malas. Asyik komen jer kan. Diri sendiri macam laa terer masak. Entah pernah masak ke tidak. Hahaha
Pusat Memandu Betong
Teman Juha test lesen jap kat sini.
Doremon Super Store
Kedai nie kat pasar baru. Sebelum aku sampai sini, aku imagine kedai ini menjual barangan Doraemon 100%. Jadi, aku pun berhajat untuk membeli mesin masa. Haha Rupa rupanya, sama sahaja seperti kedai lain. Kira macam Everrise, Nam Leong, etc. So, nama dia bukan "Doraemon" ye. Tapi "Doremon". Kalau 100% sama kang marah lak Doraemon Jepun.
Besar gedabak
Tapi kat sini semua staff pakai baju gambar Doraemon ye. Kahkah Ajet ajet kiut. Kahkah And takyah susah susah gi kedai lain. Hampir semua benda dah ada kat dalam kedai nie. Alat tulis, cenderamata, makanan, minuman, pakaian, etc. Harga ada murah, ada sederhana, ada mahal. Macam biasa. Tapi kebanyakannya harga mampu milik laa.
Nie belum masuk dalam lagi
Hello Kitty's everywhere I kennot muvon goshhh
Untuk ke sawah XD
Tingkat atas
Aku sempat grab souvenirs untuk sahabat. Then beli buku Secret Garden. Nipis punya RM2.90. Kihkih Tuu jer laa. Erm erm erm. Kalau boleh aku nak angkut semua Hello Kitty bawak balik. Tapi... Lolololol
Taman Tasik Medan, Betong
Lepas pusing satu Doremon, lepak lepak jap kat tasik. Taman Tasik Medan tak jauh dari Doremon and berhadapan dengan Politeknik Betong. Tasik nie cantik. Tapi takde tong sampah --'
By the way, Juha lulus ujian. Alhamdulillah. So, marilah kita balik dengan riang gembira.
On our way
Alhamdulillah, selamat pergi selamat kembali. In shaa Allah, ada rezeki boleh rempitz ke Betong lagi. Ihiks. K laa. Tuu jer. Thanks for reading :)
Ditaip pada malam 13 November 2015. Update hari nie sebab masalah laptop T.T